Siapa Kami
PERTUBUHAN JEJAK JALANAN (PJJ) adalah sebuah NGO yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Wilayah Persekutuan (PPM-011-14-18052022)
Fokus utama pertubuhan ini adalah untuk menjalankan aktiviti kebajikan membabitkan golongan asnaf gelandangan dan juga orang yang kurang kemampuan.
Pendekatan Kami
Misi Kami
Memberi keringanan beban hidup serta keceriaan buat individu serta keluarga yang kurang bernasib baik.
Menyuntik semangat buat penerima sumbangan untuk menjalani kehidupan dengan lebih baik
Memobilisasikan kerja kebajikan untuk bersama prihatin terhadap kesusahan golongan miskin serta asnaf terutamanya di lokasi terdekat dengan mereka.
Visi Kami
Mewujudkan satu platfom dalam melakukan kerja-kerja kebaijkan bagi meringankan sedikit bebanan serta menceriakan penerima sumbangan yang terdiri daripada golongan fakir miskin dan asnaf serta gelandangan.
Objektif Kami
Mewujudkan kesedaran dalam menekankan sub disiplin sosiologi yang menerapkan hubungan antara agama, budaya dan masyarakat.
Carta Organisasi
